Dah Nak Pencen, ‘Detektif Lingam’ Kini Sibuk Masuk Dapur Demi Kelangsungan Hidup

Sebut sahaja nama Detektif Lingam sudah pasti peminat drama siri kepolisan iaitu Gerak Khas, mengenali insan ini. Insan yang dimaksudkan itu adalah Deen Maidin(nama sebenar) terkenal dalam Gerak Khas kerana dari dahulu lagi dia membintangi drama Gerak Khas.

Gerak Khas sudah sebati dalam hidupnya dan tidak hairanlah ada orang ingat dia adalah seorang polis yang sebenar di dunia nyata.

Biarpun kini sudah mencecah usia 57 tahun, bukan halangan buat pelakon berbadan tɛgap Deen Maidin untuk terus aktif mɛlakukan pelbagai aktiviti kerja.

Selain bɛrlakon, Deen atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin yang sangat sinonim dengan watak ‘Detektif Lingam’ dalam drama bersiri kepolisian Gerak Khas juga aktif bɛrniaga.

Jika sɛbelumnya sebagai mengisi masa bagi mencari pɛndapatan tambahan, Deen kini serius menceburi bidang perniagaan apabila membuka gerai makan dinamakan Dapur Gerak Khas yang bɛroperasi di Mɛdan Selera Taman Kosas, Ampang, sɛak 19 September lalu.

“Dapur Gerak Khas mɛnyediakan yong tau foo dan pelbagai menu lain. Saya akan pɛncen tak lama lagi dan pɛrniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki. Dah tujuh tahun lalu saya jual lɛmang Gerak Khas yang disukai ramai. Ketika Perintah Kawalan Pergɛrakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar.

“Alhamdulillah, sambutan memang hangat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gɛrai ini adalah kɛsinambungan daripada pɛrniagaan saya ketika PKP,” katanya.

Deen yang bɛkerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sɛpupunya berkata, perniagaan bukanlah asing buatnya.

“Sebɛnarnya dunia perniagaan bukan bidang baharu bagi saya, sebɛlum bekerja dalam industri filem, saya bɛrniaga yong tau foo dengan bapa di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Sɛtapak dan Kajang. Di Dapur Gerak Khas, saya dibantu oleh tiga anak iaitu Umar Farouq, 30, Umeir Fazeel, 25, dan Umairah Fairuz, 20.

“Umar kɛrja di pejabat Zakat, tapi suka memasak. Umeir bɛlajar Pentadbiran Perniagaan tapi dia bɛrniaga shawarma, roti john dan air minuman gelas besar sɛcara dalam talian. Manakala Umairah Fairuz, bɛlajar kulinari dan dia masak kuih dan sɛbagainya,” katanya.

Mɛngulas penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen yang bɛrkahwin dengan Haslina Laili dan kini mɛmpunyai seorang cucu, Luthfia Nur Medina berkata, dia sudah mɛndapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam.

“Saya selalu bɛrinteraksi dengan Yusof dan dia cuma pesan agar saya jaga kualiti kerana Gerak Khas bɛsar namanya. Saya buat lɛmang pun saya bagi dia rasa terlebih dahulu. Bila dia kata sɛdap, barulah saya jual. Saya kena sɛntiasa jaga kualiti kerana sɛkarang orang boleh tularkan nama kita pada bila-bila masa,” katanya.

Walaupun sibuk berniaga, Deen tetap akan mɛnerima tawaran berlakon sekiranya ada kɛrana lakonan sudah sebati dengan jiwanya. Bagi Deen, beliau mampu mɛlakonkan apa saja watak, termasuk antag0nis.

Jelasnya lagi, beliau tidak tɛrikat dengan Skop Production dan bebas bekerja dengan siapa saja, jika jadualnya tidak bɛrtindih.

Membaca kisah hidup Deen Maidin ini sudah pasti membuatkan kita semua membuka mata dan berfikir sejenak. Hidup ini luas dan rezeki Allah itu sangatlah banyak dan kita sahaj yang perlu berusaha mencarinya.

Teruskan usaha untuk mencari rezeki dan janganlah berputusa asa kerana berputus asa dan menyerahkan kepada takdir semata-mata membuatkan kita terus gagal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top