Aku Vote Habis Beratus, Tak Sangka Kau Jadi Macam Ni. “Semakin Wanita”

Siapa lagi yang masih ingat dengan penyanyi dalam rancangan Malaysian Idol dahulu Saiful, beliau cukup popular dengan lagunya yang bertajuk ‘Ku Juga Mencintaimu’. Baru-baru ini penyanyi itu kembali mendapat perhatian netizen kerana imej penampilan terkininya telah tular.

Saiful yang bersama-sama menjadi peserta dalam program dengan Jaclyn Victor itu kali terakhir muncul adalah menerusi single ‘Aku Ada Di Sini’ yang diterbitkan oleh Sony BMG Music Entertainment sekitar tahun 2008.

Selepas kemunculan terakhir tersebut, penyanyi kelahiran Kuching Sarawak itu terus sepi dari dunia muzik, pada masa itu telah timbul isu Saiful sering disebut tentang penampilannya seperti wanita.

Ketika itu, penyanyi itu telah mendapat liputan daripada Berita Harian tahun 2008, Saiful telah menegaskan bahawa tidak semestinya lelaki yang berjambang dan bermisai itu adalah lelaki tulen.

“Saya memang lelaki tulen dan saya tidak perlu untuk membuktikan apa-apa semata-mata untuk memuaskan hari semua orang” kata Saiful.

Dalam sebuah video tiktok yang telah dimuatnaik, ianya telah tular dengan penampilan Saiful berimej wanita yang anggun dan bergaya. Wajahnya itu nyata lebih kurus dan runcing berbanding sebelum ini.

Dalam video tersebut, Saiful berkata “hai saya saiful”.

Berikut adalah video yang telah tular itu:

Melihat di ruangan komen, ramai yang telah terkejut dengan penampilan baru penyanyi itu yang dilihat ‘semakin wanita’ daripada penampilannya dahulu. Walaupun ada yang terus menyokong dan memuji tindakannya kerana masih menggunakan nama ‘Saiful’, tetapi ramai juga yang memberikan komen kecewa dengan penampilannya itu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang turut mendoakan penyanyi Saifull ini dikurniakan hidayah.

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? sekali vote 50 sen tau”

“Dia masih guna nama Saiful, Alhamdulilah”

“Semoga diberikan hidayah”

“Kenapa jadi macam ni, dulu aku minat sebab hensem sekarang kenapa jadi macam ni”

“Seriously, kenapa jadi macam ni, komen netizen dengan nada kecewa.

Kemaskini terbaru itu telah dimuatnaik oleh @divawafa melalui channel youtubenya dengan tajuk video

Ekslusif!!! Tunggukan Temubual Artis Berbakat Besar Saiful Malaysia Idol di Wafa TV!!

Selepas pendedahan terbaru itu, pihak gempak masih lagi berusaha mendapatkan respon penyanyi itu mengenai isu berkenaan.

Apa yang berlaku sebelum ini, mungkin pernah orang menyuarkan isu Saiful dilihat ke arah kewanitaan, namun kali ini ternyata penampilan terbaru dapat dilihat perubahan yang sangat ketara. Malah ada juga yang mendakwa, nama Saiful kini dikenali sebagai Saifulina.

Melalui perkongsian seorang individu di twitter, rata-rata warga twitter terkejt dan tidak menyangka akan perubahan Saiful yang sangat drastik itu.

“Saiful Malaysian Idol sekarang dah jadi Saifulina. Cantik hokay” tulis individu itu.

Penyanyi lagu yang pernah popular dalam rancangan realiti itu telah lahir pada 10 Mei 1986, kelahiran Kuching Sarawak dengan nama asalnya Mohammad Saipul bin Bakeri. Penyanyi itu mula dikenali dalam rancangan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.

Walau apa pun yang berlaku, kita sebagai masyarakat yang melihat harus mendoakan yang terbaik kepada Saiful atau untuk sesiapa sahaja. Perubahan seseorang itu semestinya diluar kawalan kita dan kita tidak mengetahui apa yang sedang dialaminya. Namun sekiranya perbuatan seseorang itu bercanggah jauh dari sudut agama, apa yang terbaik adalah kita doakan semoga mereka yang sedang diuji mendapat hidayah dan kesejahteraan olehNya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top