Hari ini bukan satu perkara asing lagi apabila rakyat Malaysia berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan. Kita mengetahui bahawa kadar tukaran wang asing Dalam nilai dolar Singapura ke Ringgit Malaysia adalah tinggi, maka ramai rakyat Malaysia memilih untuk mencari rezeki di sana dengan harapan dapat menjana pendapatan yang 3 kali ganda lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Maka ramai rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk tinggal di Johor dan berhampiran dengan sempadan Singapura, mereka sanggup berulang alik dari Johor ke Singapura dengan menghadap kesesakan jalan raya setiap pagi demi untuk mencari rezeki.
Dalam masa sekarang, ianya sudah dianggap satu situasi yang normal. Namun begitu, seorang lelaki Malaysia yang berasal dari Johor Bahru ini ternyata telah membuat keputusan yang sedikit berbeza dan memilih pekerjaan yang tidak pernah disangka boleh dilakukan di Singapura.
Lelaki yang dikenali dengan nama @ezzaiky7 melalui akaun tiktoknya telah tular dimana dia telah berkongsi pekerjaannya sebagai seorang pengutip sampah di negara Singapura.
Ini antara kata-kata yang dikongsikannya:
“Ya korang pun tahu sebabnya- it is all because of the money.”
Kongsinya, dia boleh menjana pendapatan bulanan sekitar RM6000 ($1870) sehingga RM9600 ($2980). Wah tinggi tu!
Dia sendiri mengakui hidup sebagai seorang pekerja di Singapura tidak seindah yang disangka, walaupun begitu, dia tetap bersyukur kerana sekarang dia boleh mempunyai pekerjaan yang stabil. Hasil dari pekerjaan itu, dia rasa lebih bersemangat dan berhenti merungut.
Setelah dia berkongsi kehidupannya sebagai seorang pekerja di Singapura sebagai pengutip sampah, ada juga diantaran pengikutnya di Tiktok telah mempersoalkanya keinginanya dalam pekerjaan itu. @ezzaiky7 membalas peratusan pekerja yang berpendapatan tinggi di Malaysia tidak seramai mana, hal ini kerana status pendapatan itu lebih berfokus kepada mereka dalam kalangan yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.
“Bekerja di Singapura bermakna saya perlu jadi kuat. Saya kena hadap kesesakan trafik dan sebagainya. Tapi saya tidak merungut kerana saya bersyukur masih ada pekerjaan.
“Sudah tentu saya ingin nak tinggal di negara sendiri dengan gaji RM8,000 hingga RM9,000, saya juga teringin nak dapat” katanya kepada pihak media.
Hasil perkongsiannya di tiktok juga turut mengundang pelawaan dari pengikutnya yang mengajaknya untuk bekerja kilang tempatan di Malaysia, tetapi dia menjawab “saya bukan taknak kerja kilang, dulu saya pernah cuba kerja kilang tapi saya tak boleh sebab saya sudah terbiasa bekerja di luar. Bila bekerja di kilang, perlu duduk satu tempat, saya jadi tak senang duduk dan jadi mengantuk”
Sekarang, dia masih bekerja di Singapura, tetapi disebabkan kesibukannya, masanya sedikit ketat kerana asyik berulang alik dan tidak sempat untuk memuatnaik kandungan di tiktoknya.
Kita sebagai masyarakat hanya boleh mendoakan yang terbaik buat ezaiky ini kerana, selagi hasil kerjanya adalah halal, tidak salah untuk dia terus melakukan pekerjaan itu. Tambahan lagi dia dapat memperoleh pendapatan yang cukup berbaloi jika dibandingkan pekerjaan di Malaysia.
Sebagai pengajaran, jika kita masih tidak mampu untuk mencapai pendapatan yang diinginkan dengan pekerjaan sekarang, kita mempunyai alternatif lain yang boleh diusahakan seperti melakukan perniagaan kecil-kecilan sebagai permulaan untuk memperoleh pendapatan tambahan selain dari gaji bekerja. Soal pendapatan ianya bergantung kepada sejauh mana usaha kita untuk mencapainya samada kita mencari pekerjaan di tempat orang atau mengusahakannya sendiri dengan pelbagai cara yang ada dalam dunia digital kini.